Followers

Pages

Thursday 23 April 2015

Yes! Kena Marah Dengan Bos Sudaaa..

Assalamualaikum...





Apa khabar deme-deme semua? Hari iols ada hot story sikit nak bagitau la kan..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aik?? Kenapa telah berada di bawah? Hahahaa... Iols suke.. Confius ke korang? Memang! Sebab hati iols pun tengah keliru dengan apa yang berlaku. Nah, macam ni story dia. Tengah-tengah kusyuk buat kerja kan.. Tiba-tiba ter'print' sesuatu yang dianggap betul dan jawapannya adalah SALAH!!!! Cesss.. Berdebar iols sampai jantung semakin kuat denyutannya..Ya ALLAH, hanyaMu aku meminta pertolongan. Tupppp.... Dengar satu suara yang sedang menyoal siasat aku.. Peghhhh! Masa tu seram sejuk dah tangan and tapak kakiku.. Telingaku sedang menahan kebisingan bebelan seorang senior tempat aku kerja. Takpe saya sudi mendengar as a pengajaran dan Insyaallah tak akan berlaku lagi perkara sebegini dan akan lebih berhati-hati lagi.

Toinkkk... :)




Pesanan untuk kita semua buat kerja dengan betul-betul dan ikhlas tau!

Itu sahaja pesanan saya untuk pembaca-pembaca di luar sana.

Bye!


Sunday 12 April 2015

Jom Shopping Di SABASUN, KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum semua!




Dah solat belum? Heehe.. Korang selalu shopping kat mane barang-barang dapur? Kita sebagai anak jati Terengganu tak pernah pun shopping kat lain selain SABASUN HYPERMARKET. Only Terengganu yang ada Sabasun ni tau. Logo 'Harga Muroh Sokmo'. Yes memang murah setiap hari sebab harga diorang ni jauh lebih murah berbanding Giant, Mydin atau hypermarket yang ada. Setiap bulan family saya memang akan ke Sabasun untuk membeli barang-barang dapur. Selain itu, pihak Sabasun juga menjual barangan produk-produk orang kampung seperti karipap segera, roti canai segera, sate segera, kek, dan macam-macam lagi. Means Sabasun telah membantu ramai orang Melayu yang lain berniaga secara kecil-kecilan dengan produk masing-masing.


Saya merupakan salah seorang pekerja di Sabasun suatu ketika dahulu. Iols kerja di situ sebab menunggu exam uols. Best tau kerja kat sini aurat tertutup, lelaki tak boleh mengorat pekerja wanita tau. Sembahyang iols pun cukup tau.. Tak ada meleret-leret. Tapi serius penat sangat sebab sepanjang iols kerja kat sini iols tak pernah menang tangan untuk beristirehat kejap.. cewahhh.. Ramai sangat orang setiap hari setiap jam manusia berpusu-pusu datang. Ermmm.. Memang ramai suka datang Sabasun. Itulah pengalaman iols kerja kat sini.


Ini Sabasun yang lama. 



Sabasun sekarang atau dipanggil S1 terletak di  Bukit Kecil, 
Kuala Terengganu
(Sabasun 1)


S2 (Sabasun 2) terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu
 berdekatan Mydin Gong Badak



Tauke SABASUN aka Abang Long
(Anak 1 daripada 3 beradik)


Itulah saranan iols kalau nak pergi shopping tempat murah dan berpatutan. Kalau korang nak tengok perbandingan harga satu barang after GST, nah!


Bukan nak promote tapi jadilah pengguna yang bijak
hehe..


Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan Sabasun nah iols rajin nak bagi maps kat korang.


SABASUN 1

Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.

1125, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, 21100, Kuala Terengganu, Terengganu
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Open 8:30 am-10:30pm (everyday)

*Sabasun 1 tak ada maps macam kat bawah. Use GPS ok! 



SABASUN 2

Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.

Lot 30274, Jalan Tengku Omar, Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 
Open 8:30 am-10:30pm (everyday)

SABASUN 2


OK. Bye.
Nak tanya apa-apa sila komen iols.
Happy reading!

Friday 10 April 2015

Tips Ngorat Si Tampan :)







Hi peeps!!!

LELAKI. Kita yang kaum hawa ni memang dan wajib dikelilingi makhluk yang bernama LELAKI. Orang lelaki yang pertama kita jumpa ialah ayah dan adik-beradik lelaki sama ada abang atau adik.
Selepas kahwin, lelaki yang akan hidup bersama kita sehingga akhir hayat ialah suami. So, takkan korang takde langsung kawan-kawan yang bernama lelaki kan? Of course ade lah walaupun seorang atau dua. Di sekolah, kita akan jumpa lelaki seperti cikgu, guru besar, tukang kebun, tukang cuci, penjual kantin, dan penjual aiskrim.. Bahahaa.. Ramainya lelaki dalam hidupku dan uolss sebenarnya..

Iols nak tanya korang dah ada teman lelaki ke belum? Sebab iols adelah dapat sedikit tips-tips dari kawan seperjuanganku. Weee... Iols memang langsung tak suka mengorat lelaki.. Malu lah weh.. Maruah kot. Bukan perigi cari timba.. Cewahhh konon boleh pulak macam tu kan?? OK meh ler catat sikit tips-tips yang tak seberapa ni tapi boleh la setakat nak cuba. Wakaka...

[Tips 1: Kecantikan]

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang dipandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat. HATI tu wei. Korang jangan pulak pandang harta dia pulak, nanti takkan bahagia punya. Caya lah. Aku dah pernah tengok perempuan yang pandang harta si suami, tiba-tiba bila si suami muflis isteri terus minta cerai. Nampak sangat kot hati kau tak ikhlas. Jangan camtu tau! Takkan bahagia nanti.


[Tips 2 : Menjadi penyokong setia dia]

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya. Lelaki mesti nak jugak tadah kelemahan dia kat kita sebenarnya. So, korang janganlah jahat sangat tak nak dengar cerita diorang. Kikiki..



[Tips 3 : Jadi diri sendiri]

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri. Yes!! I like this statement. Dont hypocrite ok. Jangan pulak korang pakai over sangat depan si lelaki padahal kehidupan sebenar lain. Nanti diri sendiri jugak yang MALU.


[Tips 4 : Jangan cepat menyerah]

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda. Jangan terlalu gopoh sehingga sanggup ikut si lelaki ke sana ke mari padahal baru kenal sehari. Ini memang kelakar lah. Lelaki ni kadang-kadang memang suka menguji perempuan sebenarnya. Dia nak tengok gelagat atau sikap kita jika dia ada bertanya sesuatu soalan. Itu pasti!


[Tips 5 : Jadi pendengar yang setia]

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia. Korang kalau jenis tak suka dengar masalah orang lebih baik korang jangan 'couple'. Serius weh bukan main-main sebab lelaki suka kita bagi pendapat bila dia ada bertanya sesuatu soalan. So, jangan selfish sangat. Masalah korang si dia boleh je dengar tapi masalah dia korang tak  nak dengar. Apa kes? Balik tidur lagi bagus. Toink!




Harap korang yang baru berjinak-jinak nak cari teman lelaki tu bolehlah menggunakan tips-tips dari saya. Jangan terkeliru tips yang diberi. Insyaallah kalau korang ikuti step by step you can get it better! Trust me! Woooo...


:)


Wednesday 8 April 2015

D.I.Y punye penangan!!

Assalamualaikum semua... Ape kabar?


Rasanya mcam dah lama giler tak update kita punya blog ni kan?? Senyum tersipu-sipu jap.. Macam mana nak update selalu entry, iols ni very busy u know mengalahkan Perdana Menteri. Kikiki.. Mana nak fikir GST lagi, kerja lagi, ape lagi, blog lagi, online bisness lagi kan, nak fikir shopping lagi, makan lagi, dan blarr...blarr... Banyak lagi la weh!

Nak tanya siapa suka shopping dekat Mr. DIY?? DIY means do it yourself.. Boleh dikatakan sebagai kedai serbaneka lah. Korang nak ape, semua ada di kedai itu.. Benda2 pelik? Lampu jimat elektrik? Keychain bernyala? Patung tuumbuh pokok? Dan macam-macam lagi la wei.. Pening kalau pergi kedai DIY ni.. First, iols pergi masa diorang baru buka cawangan kat Terengganu.. Perghhhhhhhh!!! Best giler shopping kat sini sebab macam-macam boleh dapat di mana takkan dapat punya kat kedai lain..

Nah i belanja satu gambar!

Kuala Terengganu



Hari tu iols pergi yang dekat Aeon Subang tu habis jugak la dalam RM150.00.. Wohoooooo.. Beli ape mey? Banyak sangat...Biase la mata rambang nafsu membuak-buak nak itu nak ini. Last2 simpan je benda tu..

Spec ribbon dengan si pemakai yang sendu..
RM3.30 shj






Hellooo semua.... Kenal saya tak?
Asal tak ada pokok lepas letak air tumbuh la padi sikit2 kan..
Boleh la nak segarkan pemandangan...
RM 3.90 shj



Rak kasut DIY ok!
RM 18.90 shj




Payung kecil
RM11.90


Haiii... Super cute sticky note. Payah jumpa.
RM1.50 shj


Sleeping mask.. 
Kalau suami anda tak tutup lampu lagi
anda boleh guna benda ni ok.. Insyaallah lena tidur..
RM 1.80



Only DIY shop boleh dapat benda ni..
Kalau sentuh bear tu terus nyala, yang ikan paus tu
kena picit  yang atas tu..
Bear : RM 7.50
Ikan Paus : RM 2 ++


Weh uolss cepatlah pergi cari DIY shop sekarang di mana-mana negeri ada ni.. Tunggu jap kita tolong carikan untuk korang... Nah STUDY DULU

Yang bestnya tentang MR. DIY ni tidak dikenakan GST tau korang.. Boleh lihat apa yang diorang bagi pepatah.. Waaaahhh boleh shopping sakan ni.






HAPPY SHOPPING AND HAPPY READING..

:)