Followers

Pages

Saturday 20 June 2015

Resepi Kek Batik Ovaltine

Assalamualaikum semua..

Rasanya belum terlambat saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  hehehhee... Puase tak tu? Hari ini nak bercerita pasal resepi sikit ni.

Hari tu iols dengan officemate cadang nak buat kek batek. So, last Friday pergi lah Giant SS2. Sampai sana amik barang yang nak saja ok..

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan

1 paket biskut (tak kisah la jenama ape)
1 tin susu pekat (iols gune separuh je)
1 buku buttercup
1 paket Ovaltine



Iols guna biskut ini pun sedap
(Biskut Marie pun boleh)



Ovaltine sebab officemate tak makan Milo
(Boikot katanya) Kitaorang pilih ovaltine sebab warna dia gelap
boleh ganti milo. Tak sure beratnya berapa.. Harga RM6 ++


1 buku buttercup



1/2 tin susu pekat manis
(sebab dah tau ovaltine memang dah manis)



Itulah jelah bahan saya guna. Tak susah pun. Ok, first patah-patahkan biskut kepada 2. Sebab patah 2 kerana biskut ni die mudah rapuh. So, tak nak bagi hancur patahkan 2 je. 


Cara-cara:

1) Patahkan kepada dua biskut itu tersebut. Pastikan jangan hancur. Seperti gambar di bawah.



2) Cairkan buttercup tadi. Kacau sehingga sebati.
3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit.
4) Masukkan kesemua ovaltine ke dalam butter yang cair tadi. Kacau hingga rata. Pastikan ovaltine tidak berketul-ketul.
5) Masukkan biskut yang telah dipatahkan tadi. Kacau hingga semua kena cairan coklat.
6) Letakkan dalam bekas dan tekan-tekan dengan belakang sudu.
7) Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam pun dah keras. 
8) Potong guna pisau. Makan. Sungguh enak.



Tadaa...




Selamat mencuba!

Selamat berbuka puasa jugak!




No comments:

Post a Comment