Followers

Pages

Friday 10 April 2015

Tips Ngorat Si Tampan :)







Hi peeps!!!

LELAKI. Kita yang kaum hawa ni memang dan wajib dikelilingi makhluk yang bernama LELAKI. Orang lelaki yang pertama kita jumpa ialah ayah dan adik-beradik lelaki sama ada abang atau adik.
Selepas kahwin, lelaki yang akan hidup bersama kita sehingga akhir hayat ialah suami. So, takkan korang takde langsung kawan-kawan yang bernama lelaki kan? Of course ade lah walaupun seorang atau dua. Di sekolah, kita akan jumpa lelaki seperti cikgu, guru besar, tukang kebun, tukang cuci, penjual kantin, dan penjual aiskrim.. Bahahaa.. Ramainya lelaki dalam hidupku dan uolss sebenarnya..

Iols nak tanya korang dah ada teman lelaki ke belum? Sebab iols adelah dapat sedikit tips-tips dari kawan seperjuanganku. Weee... Iols memang langsung tak suka mengorat lelaki.. Malu lah weh.. Maruah kot. Bukan perigi cari timba.. Cewahhh konon boleh pulak macam tu kan?? OK meh ler catat sikit tips-tips yang tak seberapa ni tapi boleh la setakat nak cuba. Wakaka...

[Tips 1: Kecantikan]

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang dipandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat. HATI tu wei. Korang jangan pulak pandang harta dia pulak, nanti takkan bahagia punya. Caya lah. Aku dah pernah tengok perempuan yang pandang harta si suami, tiba-tiba bila si suami muflis isteri terus minta cerai. Nampak sangat kot hati kau tak ikhlas. Jangan camtu tau! Takkan bahagia nanti.


[Tips 2 : Menjadi penyokong setia dia]

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya. Lelaki mesti nak jugak tadah kelemahan dia kat kita sebenarnya. So, korang janganlah jahat sangat tak nak dengar cerita diorang. Kikiki..



[Tips 3 : Jadi diri sendiri]

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri. Yes!! I like this statement. Dont hypocrite ok. Jangan pulak korang pakai over sangat depan si lelaki padahal kehidupan sebenar lain. Nanti diri sendiri jugak yang MALU.


[Tips 4 : Jangan cepat menyerah]

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda. Jangan terlalu gopoh sehingga sanggup ikut si lelaki ke sana ke mari padahal baru kenal sehari. Ini memang kelakar lah. Lelaki ni kadang-kadang memang suka menguji perempuan sebenarnya. Dia nak tengok gelagat atau sikap kita jika dia ada bertanya sesuatu soalan. Itu pasti!


[Tips 5 : Jadi pendengar yang setia]

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia. Korang kalau jenis tak suka dengar masalah orang lebih baik korang jangan 'couple'. Serius weh bukan main-main sebab lelaki suka kita bagi pendapat bila dia ada bertanya sesuatu soalan. So, jangan selfish sangat. Masalah korang si dia boleh je dengar tapi masalah dia korang tak  nak dengar. Apa kes? Balik tidur lagi bagus. Toink!




Harap korang yang baru berjinak-jinak nak cari teman lelaki tu bolehlah menggunakan tips-tips dari saya. Jangan terkeliru tips yang diberi. Insyaallah kalau korang ikuti step by step you can get it better! Trust me! Woooo...


:)


No comments:

Post a Comment