Followers

Pages

Thursday 13 August 2015

Settle Potong P1...Finally!!

Nampak tajuk kat atas tu??? Happpy weh. Lepas ni tak payah dah nak membazir duit bayar kat P1 sebab aku pun pakai time balik kampung je. Aku suka jugak P1 sebab memudahkan aku dalam ber'networking'. Terima kasih P1. Hehehhe..

Tadi tanggal 13/8/2015, P1 telah selamat pergi kepada tuan mereka, iaitu main office di Jalan Templer PJ. 5 minit je dari office aku tau!. Settle! Lepas parking motor, tanya reception masuk belah kiri then kita sebagai tetamu dijemput untuk tanya kepada pekerja yang ada di situ. Aku cakap la nak pulangkan modem. Then terus dilayan dengan baik sekali takpayah tunggu nombor pun terus dapat weh. Maybe sebab time lunch kot, tak ramai orang.

Jom ikuti langkah untuk terminate P1:

1. Call 1300031300 . Pilih bahasa yang korang pilih. Then tekan je nombor 5.

2. Nyatakan niat nak terminate P1. Anda akan ditanya soalan untuk pengesahan seperti no akaun, no ic dan sebagainya.

3. Dan anda akan diberi nombor rujukan. (bawa semasa nak pulangkan modem)

4. Dia kata akan menerima sms dalam masa 3 hari, tetapi aku tak dapat pun. Then aku terus call sekali nombor di atas and aku bagitau je sebab. Mereka suruh aku pergi je pulangkan modem.

5. Dalam tempoh 15 hari, anda dikehendaki pulangkan modem k! (Nanti kena caj kalau tak pulangkan)

6. Happy!


Goodbye!




Yeahhhh! Lega dah. Mintak-mintak tak ada benda yang macam orang ramai hadapi sekarang seperti sampai hutang kena bayar sekian2..


K. Bye!

Tuesday 11 August 2015

Sebulan Berpuasa Lepas Raya Baru Tibe!!!!!

Nampak tak tajuk entry kite kat atas tu??? Meehhehee... Wei, lama gila tak update blog. Nasib baik 'Encik Blogger' tak merajuk tau... Aummmm...

Banyak nak cerita ni dari bulan puasa sampai lah raya. Macam-macam kita nak share.. Yeahhhh...! Masih bulan Syawal hari ni kan, nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang sudi membaca blog kita yang serba kekurangan ni. Alhamdulillah raya tahun ni disambut secara sederhana sahaja tetapi meriah tau. Sebab Fira beraya di kampung! Sungguh seronok nak-nak time balik kampung tu kan. Yipiiiii! Nah, belanja satu gambar balik kampung.
-
-
-
-
-
-

Ni jem time datang KL ok! Bukan time balik kampung!
(Plaza Tol Bentong - jem hampir sejam jugak sampai Karak)


Fira bertolak time waktu kerja hari tu. Dari PJ ke KT. Agak-agak berapa jam ye baru sampai? 
-
-
-
---------
--
-
-
-

Time balik kampung haritu jem setengah jam je dekat nak masuk Plaza Tol Gombak. Biasa lah kan tempat ni popular dengan JEM!!! Mujur haritu Fira suruh si dia topup kad 'touch n go' tak payah susah-susah beratur kan. Mihihiiii... Padahal hampeh sama je weh 'touch n go' ke tunai ke.


Korang ada jugak ke? Kita geng OK!

K. Bye