Followers

Pages

Thursday, 23 April 2015

Yes! Kena Marah Dengan Bos Sudaaa..

Assalamualaikum...





Apa khabar deme-deme semua? Hari iols ada hot story sikit nak bagitau la kan..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aik?? Kenapa telah berada di bawah? Hahahaa... Iols suke.. Confius ke korang? Memang! Sebab hati iols pun tengah keliru dengan apa yang berlaku. Nah, macam ni story dia. Tengah-tengah kusyuk buat kerja kan.. Tiba-tiba ter'print' sesuatu yang dianggap betul dan jawapannya adalah SALAH!!!! Cesss.. Berdebar iols sampai jantung semakin kuat denyutannya..Ya ALLAH, hanyaMu aku meminta pertolongan. Tupppp.... Dengar satu suara yang sedang menyoal siasat aku.. Peghhhh! Masa tu seram sejuk dah tangan and tapak kakiku.. Telingaku sedang menahan kebisingan bebelan seorang senior tempat aku kerja. Takpe saya sudi mendengar as a pengajaran dan Insyaallah tak akan berlaku lagi perkara sebegini dan akan lebih berhati-hati lagi.

Toinkkk... :)




Pesanan untuk kita semua buat kerja dengan betul-betul dan ikhlas tau!

Itu sahaja pesanan saya untuk pembaca-pembaca di luar sana.

Bye!


Sunday, 12 April 2015

Jom Shopping Di SABASUN, KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum semua!




Dah solat belum? Heehe.. Korang selalu shopping kat mane barang-barang dapur? Kita sebagai anak jati Terengganu tak pernah pun shopping kat lain selain SABASUN HYPERMARKET. Only Terengganu yang ada Sabasun ni tau. Logo 'Harga Muroh Sokmo'. Yes memang murah setiap hari sebab harga diorang ni jauh lebih murah berbanding Giant, Mydin atau hypermarket yang ada. Setiap bulan family saya memang akan ke Sabasun untuk membeli barang-barang dapur. Selain itu, pihak Sabasun juga menjual barangan produk-produk orang kampung seperti karipap segera, roti canai segera, sate segera, kek, dan macam-macam lagi. Means Sabasun telah membantu ramai orang Melayu yang lain berniaga secara kecil-kecilan dengan produk masing-masing.


Saya merupakan salah seorang pekerja di Sabasun suatu ketika dahulu. Iols kerja di situ sebab menunggu exam uols. Best tau kerja kat sini aurat tertutup, lelaki tak boleh mengorat pekerja wanita tau. Sembahyang iols pun cukup tau.. Tak ada meleret-leret. Tapi serius penat sangat sebab sepanjang iols kerja kat sini iols tak pernah menang tangan untuk beristirehat kejap.. cewahhh.. Ramai sangat orang setiap hari setiap jam manusia berpusu-pusu datang. Ermmm.. Memang ramai suka datang Sabasun. Itulah pengalaman iols kerja kat sini.


Ini Sabasun yang lama. 



Sabasun sekarang atau dipanggil S1 terletak di  Bukit Kecil, 
Kuala Terengganu
(Sabasun 1)


S2 (Sabasun 2) terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu
 berdekatan Mydin Gong Badak



Tauke SABASUN aka Abang Long
(Anak 1 daripada 3 beradik)


Itulah saranan iols kalau nak pergi shopping tempat murah dan berpatutan. Kalau korang nak tengok perbandingan harga satu barang after GST, nah!


Bukan nak promote tapi jadilah pengguna yang bijak
hehe..


Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan Sabasun nah iols rajin nak bagi maps kat korang.


SABASUN 1

Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.

1125, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, 21100, Kuala Terengganu, Terengganu
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Open 8:30 am-10:30pm (everyday)

*Sabasun 1 tak ada maps macam kat bawah. Use GPS ok! 



SABASUN 2

Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.

Lot 30274, Jalan Tengku Omar, Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 
Open 8:30 am-10:30pm (everyday)

SABASUN 2


OK. Bye.
Nak tanya apa-apa sila komen iols.
Happy reading!

Friday, 10 April 2015

Tips Ngorat Si Tampan :)







Hi peeps!!!

LELAKI. Kita yang kaum hawa ni memang dan wajib dikelilingi makhluk yang bernama LELAKI. Orang lelaki yang pertama kita jumpa ialah ayah dan adik-beradik lelaki sama ada abang atau adik.
Selepas kahwin, lelaki yang akan hidup bersama kita sehingga akhir hayat ialah suami. So, takkan korang takde langsung kawan-kawan yang bernama lelaki kan? Of course ade lah walaupun seorang atau dua. Di sekolah, kita akan jumpa lelaki seperti cikgu, guru besar, tukang kebun, tukang cuci, penjual kantin, dan penjual aiskrim.. Bahahaa.. Ramainya lelaki dalam hidupku dan uolss sebenarnya..

Iols nak tanya korang dah ada teman lelaki ke belum? Sebab iols adelah dapat sedikit tips-tips dari kawan seperjuanganku. Weee... Iols memang langsung tak suka mengorat lelaki.. Malu lah weh.. Maruah kot. Bukan perigi cari timba.. Cewahhh konon boleh pulak macam tu kan?? OK meh ler catat sikit tips-tips yang tak seberapa ni tapi boleh la setakat nak cuba. Wakaka...

[Tips 1: Kecantikan]

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang dipandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat. HATI tu wei. Korang jangan pulak pandang harta dia pulak, nanti takkan bahagia punya. Caya lah. Aku dah pernah tengok perempuan yang pandang harta si suami, tiba-tiba bila si suami muflis isteri terus minta cerai. Nampak sangat kot hati kau tak ikhlas. Jangan camtu tau! Takkan bahagia nanti.


[Tips 2 : Menjadi penyokong setia dia]

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya. Lelaki mesti nak jugak tadah kelemahan dia kat kita sebenarnya. So, korang janganlah jahat sangat tak nak dengar cerita diorang. Kikiki..



[Tips 3 : Jadi diri sendiri]

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri. Yes!! I like this statement. Dont hypocrite ok. Jangan pulak korang pakai over sangat depan si lelaki padahal kehidupan sebenar lain. Nanti diri sendiri jugak yang MALU.


[Tips 4 : Jangan cepat menyerah]

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda. Jangan terlalu gopoh sehingga sanggup ikut si lelaki ke sana ke mari padahal baru kenal sehari. Ini memang kelakar lah. Lelaki ni kadang-kadang memang suka menguji perempuan sebenarnya. Dia nak tengok gelagat atau sikap kita jika dia ada bertanya sesuatu soalan. Itu pasti!


[Tips 5 : Jadi pendengar yang setia]

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia. Korang kalau jenis tak suka dengar masalah orang lebih baik korang jangan 'couple'. Serius weh bukan main-main sebab lelaki suka kita bagi pendapat bila dia ada bertanya sesuatu soalan. So, jangan selfish sangat. Masalah korang si dia boleh je dengar tapi masalah dia korang tak  nak dengar. Apa kes? Balik tidur lagi bagus. Toink!




Harap korang yang baru berjinak-jinak nak cari teman lelaki tu bolehlah menggunakan tips-tips dari saya. Jangan terkeliru tips yang diberi. Insyaallah kalau korang ikuti step by step you can get it better! Trust me! Woooo...


:)


Wednesday, 8 April 2015

D.I.Y punye penangan!!

Assalamualaikum semua... Ape kabar?


Rasanya mcam dah lama giler tak update kita punya blog ni kan?? Senyum tersipu-sipu jap.. Macam mana nak update selalu entry, iols ni very busy u know mengalahkan Perdana Menteri. Kikiki.. Mana nak fikir GST lagi, kerja lagi, ape lagi, blog lagi, online bisness lagi kan, nak fikir shopping lagi, makan lagi, dan blarr...blarr... Banyak lagi la weh!

Nak tanya siapa suka shopping dekat Mr. DIY?? DIY means do it yourself.. Boleh dikatakan sebagai kedai serbaneka lah. Korang nak ape, semua ada di kedai itu.. Benda2 pelik? Lampu jimat elektrik? Keychain bernyala? Patung tuumbuh pokok? Dan macam-macam lagi la wei.. Pening kalau pergi kedai DIY ni.. First, iols pergi masa diorang baru buka cawangan kat Terengganu.. Perghhhhhhhh!!! Best giler shopping kat sini sebab macam-macam boleh dapat di mana takkan dapat punya kat kedai lain..

Nah i belanja satu gambar!

Kuala Terengganu



Hari tu iols pergi yang dekat Aeon Subang tu habis jugak la dalam RM150.00.. Wohoooooo.. Beli ape mey? Banyak sangat...Biase la mata rambang nafsu membuak-buak nak itu nak ini. Last2 simpan je benda tu..

Spec ribbon dengan si pemakai yang sendu..
RM3.30 shj






Hellooo semua.... Kenal saya tak?
Asal tak ada pokok lepas letak air tumbuh la padi sikit2 kan..
Boleh la nak segarkan pemandangan...
RM 3.90 shj



Rak kasut DIY ok!
RM 18.90 shj




Payung kecil
RM11.90


Haiii... Super cute sticky note. Payah jumpa.
RM1.50 shj


Sleeping mask.. 
Kalau suami anda tak tutup lampu lagi
anda boleh guna benda ni ok.. Insyaallah lena tidur..
RM 1.80



Only DIY shop boleh dapat benda ni..
Kalau sentuh bear tu terus nyala, yang ikan paus tu
kena picit  yang atas tu..
Bear : RM 7.50
Ikan Paus : RM 2 ++


Weh uolss cepatlah pergi cari DIY shop sekarang di mana-mana negeri ada ni.. Tunggu jap kita tolong carikan untuk korang... Nah STUDY DULU

Yang bestnya tentang MR. DIY ni tidak dikenakan GST tau korang.. Boleh lihat apa yang diorang bagi pepatah.. Waaaahhh boleh shopping sakan ni.






HAPPY SHOPPING AND HAPPY READING..

:)

Monday, 16 March 2015

Baju Bundle Murohhh.. :)

Hi....

Ehhhh2... Hari Jumaat dah start.. So, kiter pergi jalan kat Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.. Saya selalu pergi bile jiran depan rumah cakap "wehhhh..baju murah, baju bundle, korang tak tahu ke??" "La... Mana lah aku tau ko baru cakap.." Huaaaa... Tapi.. Siyes best shopping kat pantai ni.. Setiap Jumaat memang ade.. Korang pergi je. Insyaallah akan dapat walaupun sehelai.. Mana nak dapat baju RM1 hingga RM10 weh yang branded macam (p&co, pots, padini authentics, converse, B.U.M., Voir Jeans, Zara, nichii, dan banyak lagila) tak terbilang kite banyaknya jenis.. Tapi betul wei best shopping sini walaupun bundle kualiti sangat ohsemmm... Kena pandai2 pilih la...

Aku yang selalu sendu ni suka sangat shopping sini.. Tapi nasihat iols kat uolss jangan pergi kalau kaki tak larat aka tak sihat whatever la... Sebab korang akan menjadi "hantu baju" nanti... Dari satu tapak ke satu tapak yang lain, korang nak jer tengok sehelai demi sehelai baju or skirt or singlet or seluar lah.. Jangan lupe bawak duit lebih... Rasanya tak lebih RM100 pon dah dapat berpuluh2 helai kot baju bundle..

Iols rasa tapak yang jual baju bundle ade la dalam 20 tapak kot, penjual terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Tapi iolss suke shopping dekat "abe kelate" and "akak hot" ni sebab diorang kalau iols mintak kurangkan harga Insyaallah diorang akan bagi... OKlah saya bagi sedikit tips kalau nak shopping bundle di Pantai Teluk Ketapang:

1) Mesti ada bajet tau.. kalau takde camne nak beli kan? Adik nak air lagi, ayam lagi dan blarrr2..

2) Datang awal. Biasenya penjual start dalam pukul 3 means selepas solat Jumaat la.. Iols selalunya turun dari rumah pukul 5 atau 5 lebih.. Datang awal, park kereta banyak kosong lagi

3) Bawak air banyak2... Sebab kering tekak weh cari baju ni.. Panas, berpeluh macam2 la

4) Kalau boleh bawak beg besar satu untuk sumbat semua baju bundle korang beli tuh

5) Pastikan leher anda berada dalam keadaan selesa kerana  anda akan tengok kesemua baju yang tergantung di atas. Dan jangan lupa kaki anda yang berjalan gigih untuk dapatkan baju murah.. Takpelah asalkan murah kan... Hikhik..

Selain orang jual baju bundle, ada jugak pasar minggu.. Korang yang dah penat membeli tu boleh shopping makanan pulaks... Weee... Kaki dah lenguh, perut dah berbunyi... Jom Balik.. Kiter selalu 2 jam je pergi situ tak sempat duduk pun sebab asyik dan khusyuk melihat baju2 yang cantik dan murah... Lenguh abis kaki dan lutut... Wakaka...


Meh cuci-cuci mata kejap!!!!


NIKE RM5.00
(Murah sesangat)





PINK PANTHER RM5.00
(Baju Feberet aku...)






CONVERSE RM3.00





BUTTERFLY RM3.00




SELUAR SLACK POTS RM5.00
(Malas ambil gambar seluar sebab T_T)



SELUAR SLACK EMANUEL 
RM5.00
(Boleh lah buat pakai gi kerja kan)


Tapi..... Aku ada banyak lagi pakaian bundle.. Malas nak ambik gambar sebenornya ni.. Cukup la tu kan buat korang sakit mata sikit.. Mihhhihi... Baju tidur pun aku rembat tau, maklumlah orang tak cukup duit.. Haaahaaha... Biarlah orang kata low class pun yang pasti aku puas....

OK.. Itu sahaja untuk entry kali ni... Bubaiii...

:)

Sunday, 15 March 2015

MILO FAKE VS MILO ORI

Hiiiii...

Korang buat ape tuh? Yang mane tengah busy tu... Ambik perhatian kejap boleh? Its our life everyday.. Perkenalkan MILO!!! Korang suka Milo tak? Ada sesiapa yang tak minum Milo angkat tangan, angkat tangan Meletop ERA! Ok jom sambung about Milo..

Apa itu MILO???

MILO is a chocolate and malt powder which is mixed with hot or cold water or milk to produce a beverage popular in many parts of the world. Produced by NestlĂ©, Milo was originally developed by Thomas Mayne in Sydney, Australia in 1934. Alaa.. Speaking la pulak.. Kihkih... Malu iols.. Tengok, Milo sebenarnya dari Australia.. Ramai suka Milo satu dunia suke kot minum benda alah ni.. Hebat wei diorang promotion sampai rakyat Malaysia pun boleh terjebak dengan Milo.. Termasuklah iolsss.... Nak2 zaman sekolah, tengah belajar dalam kelas, tiba2 datang seorang cikgu suruh beratur suruh ambil satu cawan seorang Milo yang sejuk... Best bebbbbb! Lepas satu, satu aku tambah Milo.. Acaner la aku tak kenal Milo.. Diasuh sejak zaman kanak-kanak lagi wehhh..



Tak caye r kalau korang tak pernah
 join contest ni dulu2 kan...Berebut weiiii...



Milo panas tengah hujan lebat best tambah cicah dengan biskut jagung,
 memang kenyang


Ni packing zaman tok nenek moyang dulu...
1940-an


Khas buat HANTU MILO TABURRR....


Tu fasal Milo yang best... Sekarang pulak kita dapat berita dari pihak MILO sendiri.. Dengar kata ade yang fake sekarang.. So, aku nasihatkan korang hati-hatilah ketika membeli.. Jangan main bedal je, tengok kulit hijau milo.. Tak jugak kita kena perhati satu per satu sekarang tau!..Jom kita tengok gambar antara Milo fake dan Milo Ori..

Gambar ni aku dapat dari page FB Milo Malaysia sendiri..
Tak caye cari sendiri OK!!


Aku saja share dengan korang supaya masing-masing beringat.. Bukan saling mengenakan mereka yang tertipu OK! Jangan tahu seorang je.. Orang lain korang taknak share pulak.. Benda baik kenalah share. Jangan kedekut ilmu..So, yang tanda 'tick' tu yang ori, yang tanda 'pangkah' tu fake.. 



Yang gambar bawah ni pulak cerita dia beza warna antara dua buah negara..

Beza MILO antara New Zealand dengan
Ghana...


Sekian, berita melaporkan fasal MILO....

Bye-bye...

:)

Bawal Aidijuma Tutorial





Hiii...



Selamat petang semua! Minat sangat AJ kan? Meh ler datang tengok cara Datin Juma lilit bawal tu.. Kita pun suam-suam kuku je sekarang dengan AJ!! Tapi bila dah berduit nanti mula setia dengan AJ..



Mihmih..



Selamat menonton!!!