Followers

Pages

Tuesday 10 March 2015

Nak Jadi Bapak Mesti Tahu! :)

Peepps!!
Hehehe... Saya muncul lagi tengahri ni... Sebab tak ade kerja.. So, keje kiter hanya menulis... Nah, saya terbaca satu artikel yang tajuknya "Setiap Lelaki Mesti Tahu".. Alkisahnya, sesiapa yang akan, bakal, telah dan sebagainya jadi bapak yang beranak-pinak nanti kenalah tau cara-cara bagaimana nak cuci uri menurut Islam. Kita sebagai muslim, WAJIB tau ! Kalau tak tahu jangan beranak OK! Eh, terlajak pulak mengata orang...SOwiii... 

Ketika dalam perut ibu

This is uri..

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
1. Limau Nipis jangan guna limau purut pulak tau..
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.


10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.


Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tiada mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah An-Nisa’: 48). Haslin berkata, sebenarnya hukum menanam uri bayi adalah harus kerana uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

Semoaga anda semua dapat info yang baik ini dalam kehidupan kita!

Salam kenalan,
Hafira AzLia



No comments:

Post a Comment