Followers

Pages

Thursday, 13 August 2015

Settle Potong P1...Finally!!

Nampak tajuk kat atas tu??? Happpy weh. Lepas ni tak payah dah nak membazir duit bayar kat P1 sebab aku pun pakai time balik kampung je. Aku suka jugak P1 sebab memudahkan aku dalam ber'networking'. Terima kasih P1. Hehehhe..

Tadi tanggal 13/8/2015, P1 telah selamat pergi kepada tuan mereka, iaitu main office di Jalan Templer PJ. 5 minit je dari office aku tau!. Settle! Lepas parking motor, tanya reception masuk belah kiri then kita sebagai tetamu dijemput untuk tanya kepada pekerja yang ada di situ. Aku cakap la nak pulangkan modem. Then terus dilayan dengan baik sekali takpayah tunggu nombor pun terus dapat weh. Maybe sebab time lunch kot, tak ramai orang.

Jom ikuti langkah untuk terminate P1:

1. Call 1300031300 . Pilih bahasa yang korang pilih. Then tekan je nombor 5.

2. Nyatakan niat nak terminate P1. Anda akan ditanya soalan untuk pengesahan seperti no akaun, no ic dan sebagainya.

3. Dan anda akan diberi nombor rujukan. (bawa semasa nak pulangkan modem)

4. Dia kata akan menerima sms dalam masa 3 hari, tetapi aku tak dapat pun. Then aku terus call sekali nombor di atas and aku bagitau je sebab. Mereka suruh aku pergi je pulangkan modem.

5. Dalam tempoh 15 hari, anda dikehendaki pulangkan modem k! (Nanti kena caj kalau tak pulangkan)

6. Happy!


Goodbye!




Yeahhhh! Lega dah. Mintak-mintak tak ada benda yang macam orang ramai hadapi sekarang seperti sampai hutang kena bayar sekian2..


K. Bye!

Tuesday, 11 August 2015

Sebulan Berpuasa Lepas Raya Baru Tibe!!!!!

Nampak tak tajuk entry kite kat atas tu??? Meehhehee... Wei, lama gila tak update blog. Nasib baik 'Encik Blogger' tak merajuk tau... Aummmm...

Banyak nak cerita ni dari bulan puasa sampai lah raya. Macam-macam kita nak share.. Yeahhhh...! Masih bulan Syawal hari ni kan, nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang sudi membaca blog kita yang serba kekurangan ni. Alhamdulillah raya tahun ni disambut secara sederhana sahaja tetapi meriah tau. Sebab Fira beraya di kampung! Sungguh seronok nak-nak time balik kampung tu kan. Yipiiiii! Nah, belanja satu gambar balik kampung.
-
-
-
-
-
-

Ni jem time datang KL ok! Bukan time balik kampung!
(Plaza Tol Bentong - jem hampir sejam jugak sampai Karak)


Fira bertolak time waktu kerja hari tu. Dari PJ ke KT. Agak-agak berapa jam ye baru sampai? 
-
-
-
---------
--
-
-
-

Time balik kampung haritu jem setengah jam je dekat nak masuk Plaza Tol Gombak. Biasa lah kan tempat ni popular dengan JEM!!! Mujur haritu Fira suruh si dia topup kad 'touch n go' tak payah susah-susah beratur kan. Mihihiiii... Padahal hampeh sama je weh 'touch n go' ke tunai ke.


Korang ada jugak ke? Kita geng OK!

K. Bye

Saturday, 20 June 2015

Resepi Kek Batik Ovaltine

Assalamualaikum semua..

Rasanya belum terlambat saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  hehehhee... Puase tak tu? Hari ini nak bercerita pasal resepi sikit ni.

Hari tu iols dengan officemate cadang nak buat kek batek. So, last Friday pergi lah Giant SS2. Sampai sana amik barang yang nak saja ok..

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan

1 paket biskut (tak kisah la jenama ape)
1 tin susu pekat (iols gune separuh je)
1 buku buttercup
1 paket Ovaltine



Iols guna biskut ini pun sedap
(Biskut Marie pun boleh)



Ovaltine sebab officemate tak makan Milo
(Boikot katanya) Kitaorang pilih ovaltine sebab warna dia gelap
boleh ganti milo. Tak sure beratnya berapa.. Harga RM6 ++


1 buku buttercup



1/2 tin susu pekat manis
(sebab dah tau ovaltine memang dah manis)



Itulah jelah bahan saya guna. Tak susah pun. Ok, first patah-patahkan biskut kepada 2. Sebab patah 2 kerana biskut ni die mudah rapuh. So, tak nak bagi hancur patahkan 2 je. 


Cara-cara:

1) Patahkan kepada dua biskut itu tersebut. Pastikan jangan hancur. Seperti gambar di bawah.



2) Cairkan buttercup tadi. Kacau sehingga sebati.
3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit.
4) Masukkan kesemua ovaltine ke dalam butter yang cair tadi. Kacau hingga rata. Pastikan ovaltine tidak berketul-ketul.
5) Masukkan biskut yang telah dipatahkan tadi. Kacau hingga semua kena cairan coklat.
6) Letakkan dalam bekas dan tekan-tekan dengan belakang sudu.
7) Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam pun dah keras. 
8) Potong guna pisau. Makan. Sungguh enak.



Tadaa...




Selamat mencuba!

Selamat berbuka puasa jugak!




Sunday, 14 June 2015

Tudung AJ Ada Sale Lagi!!!

Salam korang...

Ramadan dah nak dekat 23 hari lagi tau.. Korang dah bersedia ke nak hadapi Ramadhan Al Mubarak. Iols tak sabar tau nak puasa. Tak sabar, tak sabar... RINDU puasa! Bukan nak cakap pasal ni sebenarnya.. Hehehe....

Korang ada nampak tak Aidijuma Bawal Scarf ada buat sale sebab mungkin diorang nak habiskan stok kot. Maybe nak raya nanti ada keluaran baru kot. Nah!

FB : clicke here



Gila lah sape yang tak terpikat??? Aku kalau ada banyak duit semua aku nak borong tau! Harap tak ada masa ok?? Kalau dah semua aku pergi borong. AJ Online Store mean beli online la kan??? Haaha.. nak pergi kedai buat apa kan. Iols nak Black Label and White Label only. Yang lain mengarut coraknya. Hehehe... Gurau je Datin Juma... Sebenarnya saya suka semua keluaran Tudung AJ.

K. Bye. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!



Friday, 15 May 2015

First Time Pergi Murni SS2!

Assalamualaikum...

Kesibukan dan keletihan hari-hari bekerja membuatkan aku semakin terlupa untuk update post-post baru. Ok lupakan masalah itu.

Jom siasat! Tajuk di atas berbunyi begini. Tanggal 30 April yang lalu, si fiance aku ni bertanya nak celebrate dekat KL ke Terengganu? Aku tak tahu nak jawab mane. So, malam minggu tu saje je ajak pergi makan dekat Murni SS2 untuk merasa makanan di sini best atau tak best. So, google map tempat ni then terus jumpa. Dekat je ok! Malam itu baru ada nafsu untuk singgah Murni ss2.

Kedai ni terletak antara kedai elektrik je sepanjang tu. Kawasan majoriti kaum cina. Tapi aku tengok ramai je pergi makan, aku ikut turut serta nak try makan. Insyaallah halal. Aku sampai sana ada tempat makan ber'aircond', di luar kedai, aku pun nampak pelik, kenapa diorang duduk luar sedangkan tempat aircond ada. Hahahha... Tapi aku tetap pilih aircond sebab time tu panas untuk dapatkan parking yang agak susah sebab malam minggu.

Dah duduk semua, amik order. Tiba-tiba di buku order ada nasi goreng meletup. Hhaaahaa.. Meletupkah nasi gorengku? Nampak gambar sedap. So, why not try dulu kan. Si dia order nasi goreng ayam pandan. Dan air pulak aku air Fair Lady dan dia air Girlfriend. Dan satu tambahan roti hawai, setelah selidik blog ramai yang cakap roti ni best.

Nasi Goreng Meletup
(Pedas, ada petai dan campuran kerang dll)
RM8

Nasi Goreng Ayam Pandan
(Nasi sikit katanya, ayam sedap manis2)
RM 9.50

Air Fair Lady
(Bila minum rasa macam nak Fair Lady gitu)
RM5.00

Air Girlfriend
(RM4.00)

Roti Hawai
(Sedap lah jugak tapi aku tak suka sebab isi entah ape2)
RM6.00

 Baru aku tahu perasaan nak datang sini lagi.. Haaaa.... Ambik kau! Memang mahal sikit tapi kalau nak bergalak-galak tu boleh lah, duit lebih ke kan, boleh datang sini untuk enjoy!

Habis jugak duit kan 
RM 34.45 include GST!
Pooodaaahhhhhh!!!!

Yeahhhh! Dah serik untuk kali kedua sebab ad GST! Tapi tak sure lagi akan datang sini lagi atau tak sebab bila datang mood nak makan itu ini, GST tak berperanan dah sebagai penghalang. 

K. Ngantuk. Goodnite!

Beg Baru! Kau Ada??

Assalamualaikum..

Lama giler tak update post! Menyesal aku curang pada kau blog! Sorry saya telah melupakan awak seketika ye! Korang ingat tak beg yang iols beli dekat laman web Nile? Padahal baru je update post ni... Hahahahhaha...Sampai sekarang beg tu terperak dalam almari. Last-last aku ambik ia dan gantung di tepi beg yang aku pakai sekarang. Tetapi masih tidak ada perubahan, sebab tak jugak pakai. Bila nak start pakai beg baru??

Tedengggggg....................


Elok je duduk kan. Sebab tak pernah pakai lagi!
Habuk pun tak berani lagi nak singgah sebab bau kedai!
Waaaaaaaaaaaaaa......

Tolong suggestkan untuk aku bila lah agaknya nak start pakai ek?

K. Bye!

First Time Terjebak!

Assalamualaikum... & Hello!

Semalam ada kawan office aku ni memberi sebaran kepada aku tentang satu laman web pembelian secara online. Beliau mengatakan bahawa semua barang dekat laman web tu murah! So, aku dengan gelabahnya terus ke laman web ini DI SINI . WEH, ape yang aku jumpa macam-macam barang keperluan hidupku berada di sini. Yeahhh, dah mula dah nak godek-godek. Dengan rakusnya aku search woman bag and then terjumpa SLING BAG . Alahai Fira, apa ni?? Gaji belum masuk lagi, Kau dah tergodek-godek nak yang ini, yang itu.. Wah banyak ok! Harga pula menggila murah! Semua ini buat aku dah rambang mata.. Yippiiii..

Aku ni dah la suka kumpul beg.. Yang si NILE pulak saje nak suruh aku meroyan asyik add chart je kerjanya. Ishhhh tak boleh jadi.

Aku order 23-Apr-15 hari ni dah delivered barang. So, sangat keterujaan aku! Terima kasih abang dispatch sebab sudi menghantar barang aku wei. Thanks a lot to NILE sebab service sangat tip top. Korang rasa apa yang aku beli ek?

Hihihihi.....


Ni dia kawan aku yang sendu yang telah
membuatkan aku terjebak..



Siap bagi plastic bag yang cute lagi




2 sling bags for me and her (officemate)
Same colour GREEN




For him
Size 43 but I think too small for him
Never mine because its so cheap and affordable
:)


Tak sempat nak ambil gambar dispatch sebenar iols
But their dispatch like this by motorcycle
Curi gambar google je!



Itu dia pengalaman aku membeli barangan NILE.com.my. Lain kali nak order lagi.
Sebab ianya murah!!!


Damn..

BYE!